Thursday, March 17, 2011

TAMAN TERGANTUNG BABYLON

Sejarah pembinaannya


            Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu, iaitu Raja Hammurabi(1792 -1750SM). Anaknya, Nebuchadnezzar II (604-562 SM) yang merupakan raja yang telah membina taman ini. Menurut legenda, taman ini dibina oleh baginda sebagai menghargai isterinya dan gundik-gundiknya. 
Kewjudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Namun adalah dikatakan taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna, yang menarik dan amat menakjubkan sehingga terpesona sesiapa sahaja yang melawatnya. Hinggalah kurun ke-20, ahli kajipurba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus. 
           Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun rekabentuk taman ini tidak dapat diceritakan secara terperinci kerana para ahli kajipurba gagal menemui sebarang peninggalannya. Namun, menurut satu sumber taman ini lenyap akibat berlakunya satu malapetaka yang buruk. Para ahli kajipurba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian dari dinding taman yang telah hilang. 


            Buah-buahan, bunga-bungaan, pelbagai haiwan dan air terjun, semuanya terdapat dalam taman gantung Babylon. Taman ini adalah amat menarik dan cantik sehingga kecantikannya menjadikan bualan penduduk yang ada pada ketika itu. Taman Gantung Babylon ini terletak di timur tebing berhampiran Sungai Euphrates, kira-kira 50km selatan Baghdad, di Iraq. 


             Ia adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara. Ia adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara. Paling mengagumkan, bandar itu menghasilkan Taman Tergantung Babylon.
Nebuchadnezzar ll pengasas Taman Tergantung Babylon





lokasi Taman Tergantung Babylon





             Taman Tergantung Babylon ini musnah akibat gempa bumi yang berlaki pada abad pertama sebelum masehi. Kesan warisan sejarah ini juga hampir dirosakkan akibat peperangan. Orang luar terakhir yang melawat peninggalan bandar kuno yang dahulunya dikuasai kerajaan Babylon di Iraq datang dengan kereta kebal dan helikopter. Yang pasti, ia meninggalkan kesan yang merosakkan sejarah dan landskap.


hasil tinggalan warisan Taman Tergantung Babylon