Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
Ramai yang beranggapan bahawa Piramid di Giza hanya wujud beberapa binaan sahaja. Namun fakta sebenar menunjukkan bahawa terdapat 97 buah Piramid di seluruh Mesir. Ini kerana kebanyakan kita hanya mengenali Piramid besar di Giza. Namun sebenarnya tedapat tiga piramid besar di situ. Nama ketiga-tiga Piramid besar itu ialah Khufu (Cheops), Khufra’ (Chepren) dan Munqara’ (Mycerinos).Daripada ketiga-tiga buah Piramid itu, Piramid terbesar ialah Khufu yang mana telah didirikan oleh Raja Cheops pada tahun 2690 SM. Mengikut sumber, selama 20 tahun namanya diabadikan sebagai nama Piramid. Ia didirikan pada kawasan seluas 52.936 m². Untuk membinanya, sebanyak 2.5 juta potong batu besar dengan berat rata-rata sekitar 1.5 sampai 2 tan. Tinggi pada mulanya 146 m, terhakis punca kesan perubahan zaman dan alam. Kini ketinggiannya susut menjadi 136 m.
Menurut pengkaji Egyptilog, Piramid Khufu adalah yang termegah. Manakala Piramid Khufra pula diapit dua Piramid lainnya dan ia dibangunkan oleh Raja Chepren pada tahun 2650 SM. Piramid ini ialah hasil cetusan idea putra Raja Khufu. Ketinggian Piramid ini juga adalah setinggi 136 m menyamai Piramid Khufu. Ukuran panjang setiap sisi empat seginya pula ialah 104 m.
Tujuan piramid ini dibina tidak begitu jelas kenapa ia dibina. Namun menurut sejarawan muslim al-Mas’udy, Piramid merupakan kuburan raja Yaman yang sanggup mengalahkan Heksos. Bahkan terdapat kepercayaan khurafat yang mengatakan bahawa mereka percaya wujudnya kekuatan rahsia tersembunyi di sebalik nama dewa dan tokoh Mesir kuno (Firaun dan pembesarnya). Mereka yang mempercayai kepercayaan khurafat ini ialah kelompok Egyptominia yang bertebaran di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Kelompok ini menamakan diri mereka sebagai The New Age, Shirers dan Rose Crosscent yang berpusat di California. Mereka sering bermeditasi di ruangan gelap yang dikelilingi patung-patung untuk mengungkap rahsia mengenainya. Mereka juga mengimani reinkarnasi, lalu mereka jadikan ruangan Raja Khufu dalam Piramid sebagai tempat menyucikan dosa. Upacara sesat ini diteruskan lagi dengan menyanyi dihadapan Sphinx pula.
No comments:
Post a Comment