Tuesday, April 5, 2011

Berhala Zeus di Olympia

Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani, merupakan salah sebuah dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba. Ia dibina di bandar kuno Olympia, sekitar 150 km barat Athens, di Greece. Binaan kuil asal yang menempatkan patung raksaksa ini dibina sekitar 450 BC, direka oleh arkitek Libon. 
gambaran mitos dewa Zeus

gambaran Berhala Zeus


Theodosius II, dari Imperium telah menghancurkan kuil tersebut pada 426M dan patung itu mungkin telah binasa atau dilarikan ke konstantinopel dan hilang pada kebakaran besar di kota itu pada 475M.


Rekabentuk
 Zeus diukir dari gading (secara teknikalnya, ia direndam dalam cecair yang akan menjadikannya lebih mudah dibentuk, maka ia mungkin diukir dan dibentuk) lalu disadur dengan kepingan emas dan "didudukkan" di atas singgahsana dari kayu cedar yang dihiasi gading, emas, kayu hitam dan manikam. Di tangan kanan Zeus terdapat patung kecil Nike, dewi kemenangan, dan di tangan kirinya, sebatang cogan alam berkilat dengan hujungnya berbentuk helang. Ketinggiannya pula adalah 12 meter (~40 kaki).


“Di tangan kanannya, sebuah bentuk ‘Kemenangan’ yang dibuat daripada gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya.” — Pausianas si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).
Olympia, lokasi berhala zeus 
kesan peninggalan berhala zeus

No comments:

Post a Comment